Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gaza semakin teruk setiap jam – WHO

    GENEVA, 6 DIS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata keadaan di Semenanjung Gaza semakin memburuk setiap jam.

    Wakil WHO di wilayah Palestin yang diduduki Richard Peeperkorn memberitahu pemberita di Geneva melalui pautan video dari Rafah di selatan Semenanjung Gaza kelmarin, bahawa jumlah penduduk yang berpindah dari tengah dan selatan Gaza terus meningkat, lapor Palestine News and Information Agency (WAFA).

    Keadaan semakin teruk. Serangan bom terus meningkat di merata tempat, termasuk di kawasan selatan,” kata Peeperkorn.

    “Orang ramai terdesak dan mengalami kejutan kekal. Kami berhadapan keadaan yang paling teruk,” katanya sambil menambah bahawa pengeboman dan kehilangan nyawa yang tidak masuk akal mesti dihentikan.

    “Keutamaan kami sepatutnya menghantar secara berterusan bekalan perubatan dan trauma ke Gaza.”

    Peeperkorn berkata jumlah bantuan yang berjaya dibawa oleh WHO ke Gaza ‘terlalu kecil’.

    Daripada 36 hospital di Semenanjung Gaza, hanya lapan belas yang beroperasi dengan kapasiti terhad. Tiga menyediakan pertolongan cemas asas sahaja, manakala selebihnya menawarkan perkhidmatan separa.

    Dua belas daripada hospital yang berfungsi ini terletak di wilayah selatan. Pada masa ini, terdapat 1,400 katil hospital yang tersedia di Semenanjung Gaza, jauh berkurangan berbanding 5,000 katil yang sasarkan oleh WHO. – Bernama

    Penduduk Palestin mendirikan kem di Rafah berhampiran sempadan Semenanjung Gaza dengan Mesir, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...