Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaza telah jadi ‘kem penghapusan terbesar dunia’ – Erdogan

    ISTANBUL, 31 JULAI – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan kelmarin berkata  Semenanjung Gaza telah menjadi ‘kem penghapusan terbesar dunia’, sambil menambah bahawa Israel telah melakukan kekejaman yang akan ‘mengatasi Hitler’.

    “Pemimpin dan organisasi Barat yang tugasnya memastikan keselamatan antarabangsa hanya menyaksikan kekejaman ini dari jauh selama hampir 300 hari,” kata Erdogan dalam satu ucapan di ibu negara Ankara.

    “Berapa ramai lagi kanak-kanak perlu mati untuk melihat bahawa dasar pencerobohan Israel membahayakan seluruh rantau ini? Lihat, ini bukan jalan yang boleh diteruskan,” katanya lagi.

    Presiden Turkiye itu juga menyeru supaya “kekejaman dan barbarisme Israel dihentikan dengan segera, sebelum terlambat.”

    Beliau berkata Israel adalah satu-satunya negara di rantau ini yang mendapat keselamatannya melalui ‘pencerobohan, pembunuhan beramai-ramai dan perampasan tanah,’ bertindak seperti ‘organisasi pengganas’.

    “Israel yang tidak mematuhi undang-undang  ini adalah ancaman bukan sahaja kepada Palestin dan Lubnan tetapi kepada seluruh umat manusia, kepada seluruh dunia pada ketika ini,” kata Erdogan. – Bernama

    Caption: 

    Erdogan semasa bercakap di sidang akhbar di Ankara, Turki pada 13 Mei. Semenanjung Gaza menjadi ‘kem penghapusan terbesar’, menurutnya. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda