MOSCOW, 29 NOV – Syarikat gas Rusia, Gazprom hari ini berkata keuntungan bersihnya meningkat kepada 582 bilion ruble (AS$7.8 bilion) dalam suku ketiga di sebalik harga gas naik di Eropah.
Eropah menerima bekalan gas ketiganya dari Rusia dan telah menyaksikan harga tenaga mencecah rekod tinggi ketika ekonomi-ekonomi mula beroperasi semula selepas sekatan pandemik ditamatkan.
Dalam satu kenyataan, Timbalan Ketua Eksekutif Gazprom, Famil Sadygov mengaitkan keuntungan suku syarikat itu dengan krisis gas
Eropah dan berkata dia menjangkakan keputusan lebih baik dalam suku keempat. – AFP