RIYADH, 14 NOV – Pihak Berkuasa Awam Zakat dan Cukai (GAZT) Arab Saudi telah menganjurkan satu persidangan mengenai zakat dan cukai kelmarin di ibu kota Riyadh, yang menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta daripada organisasi antarabangsa, kerajaan, perniagaan, masyarakat sivil dan ahli akademik.
Agensi berita China Xinhua melaporkan bahawa persidangan dua hari itu memfokuskan kepada pelbagai cabaran dan peluang bagi dasar dan pentadbiran cukai dalam dunia yang pesat berubah serta bagaimana zakat berinteraksi dengan piawaian cukai pendapatan korporat dan perakaunan. Persidangan zakat dan cukai menangani beberapa topik termasuk zakat dan kaedah pengiraannya, mengkaji semula cukai pendapatan syarikat, aplikasi Cukai Nilai Ditambah (VAT) dan Cukai Eksais di Arab Saudi serta negara Teluk lain. – Bernama