DUBAI, 13 FEB – Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menegaskan sokongan berterusan terhadap perjuangan Palestin, sambil menekankan keperluan rakyat Palestin untuk memperoleh hak sah mereka, termasuk semua wilayah yang diduduki, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Setiausaha Agung GCC Jasem Albudaiwi, mengulangi pendirian tegas itu ketika berucap pada sesi dialog Keadaan Dunia Arab sempena Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2025 di Dubai.
Turut serta dalam sesi itu ialah Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit. Albudaiwi menegaskan bahawa isu Palestin perlu diselesaikan selaras dengan resolusi antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Beliau menggesa masyarakat antarabangsa agar menunaikan tanggungjawab mereka dalam menyokong rakyat Palestin dan menentang sebarang halangan terhadap hak mereka.
Beliau turut menekankan kepenti-ngan usaha diplomasi dan penyelesaian secara aman bagi mencapai penyele-saian menyeluruh, termasuk penubuhan negara Palestin yang merdeka ber-asaskan sempadan Jun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara serta menangani hak pelarian mengikut Inisiatif Keamanan Arab dan resolusi antarabangsa berkaitan. – Bernama
