LONDON, 9 JULAI – John Lewis hari ini mengatakan ia tidak merancang untuk membuka semula lapan kedai yang ditutup semasa lockdown Britain, yang menjejaskan 1,300 pekerjaan.
Syarikat itu, yang kedai fizikalnya sudah berdepan pergelutan sebelum wabak koronavirus ketika pembeli beralih kepada pembelian dalam talian, mengatakan pihaknya akan menjual sebahagian besar barangannya melalui internet tahun ini dan berikutnya.
“Sebelum berlakunya wabak ini, lapan kedai yang dikenal pasti sudah mengalami masalah kewangan dan pandemik telah mempercepat peralihan dari berbelanja di kedai ke dalam talian,” kata John Lewis dalam satu kenyataan.
“Sebelum virus itu melanda, 40 peratus penjualan John Lewis dilakukan secara dalam talian. Sekarang ini hampir mencapai 60 hingga 70 peratus daripada jumlah penjualan tahun ini dan berikutnya.” – AFP
