Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Geely beli saham Volvo

    BEIJING, 28 Dis – Pemilik kenderaan Volvo Cars Sweden dari China telah membeli saham pengeluar trak AB Volvo, dengan memperluaskan portfolio jenama kenderaan itu yang meliputi saham Proton dari Malaysia dan Lotus dari Britain.

    Geely Holding Group berkata semalam, pemerolehan saham dari pengurus dana, Cevian Capital akan memberikan 8.2 peratus model saham Volvo dan 15.6 peratus hak mengundi. Syarat-syarat kewangan tidak didedahkan, namun, penganalisis menganggarkan perjanjian itu bernilai kira-kira 27 bilion kronor (AS3$3.3 bilion).

    Syarikat dari Sweden itu turut menghasilkan bas, peralatan bagi pembinaan dan enjin diesel, merupakan induk kepada Volvo Cars sehingga 1999, kemudiannya dijual kepada Ford Motor Co. Geely membeli Volvo Cars pada 2010.

    “Kami mengiktiraf dan nilai sejarah dan kebudayaan Scandinavia yang membanggakan, kedudukan pasaran terkemuka, penemuan teknologi dan keupayaan alam sekitar AB Volvo,” menurut kenyataan pengerusi Geely Li Shufu.

    Transaksi itu akan menjadikan Geely sebagai pemegang saham utama terbesar di Volvo dan pemegang hak pengundi kedua terbesar. Christer Gardell, pengasas Cevian CApital, mengatakan Geely akan dapat menyediakan Volvo akses terhadap pasaran China dan pengetahuan dalam bidang kenderaan elektrik dan pandu sendiri.

    Li mengatakan Geely akan menyokong strategi pengurusan semasa Volvo.

    Geely memiliki Geely Auto, salah sebuah syarikat automotif bebas di China. Ia telah bersetuju pada Mei untuk membeli 49.9 peratus saham Proton dan 51 peratus saham Lotus, yang kedua-duanya dimiliki oleh pengeluar kereta di Malaysia.

    Gelly turut melancarkan jenama terbarunya, Lynk & Co., pada 2016. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda