Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Geely labur AS$10 bilion di Tanjung Malim

    SEKINCHAN, 18 JULAI – Syarikat automotif China, Geely bakal membuat pelaburan sebanyak AS$10 bilion untuk menjadikan Tanjung Malim, Perak sebagai kota automobil kereta terbesar di rantau ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata hasrat itu disampaikan syarikat berkenaan menerusi surat yang disampaikan kepada beliau malam tadi, sekali gus bakal membuka ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini.

    “Ini pertama kali saya nyatakan Geely yang bersama-sama mengeluarkan kereta dengan Proton telah menulis surat sebanyak 10 halaman kepada saya. Syarikat itu memaklumkan mahu meneruskan untuk menjadikan Tanjung Malim sebagai kota automobil kereta yang terbesar di rantau ini dan akan memulakan (pelaburan) sebanyak AS$10 bilion atau RM40 bilion,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Sentuhan Agro MADANI Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.

    “Untuk apa semua ini…untuk saya ambil komisen atau hadiah? Atau untuk menjamin ekonomi kita naik dan ribuan anak kita akan mendapat kerja,” katanya.

    Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan Arab Saudi dan syarikat minyak dan gas (O&G) Aramco dari negara itu akan menumpukan pelaburan dan perkembangan operasinya di Malaysia. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melawat tapak gerai jualan Agro MADANI pada Majlis Program Sentuhan Agro MADANI Peringkat Negeri Selangor di Sekinchan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...