Thursday, February 20, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gegaran berterusan direkod di Iceland

    REYKJAVIK, 5 JULAI – Kira-kira 1,600 gegaran telah direkodkan di kawasan sekitar ibu kota Iceland, Reykjavik, menandakan bahawa letusan gunung berapi mungkin akan berlaku, kata pejabat cuaca negara itu hari ini.

    Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) menyatakan bahawa gempa bumi bermula sekitar jam empat petang waktu tempatan pada Selasa di bawah Gunung Fagradalsfjall, yang terletak di atas sistem gunung berapi dan di mana dua letusan berlaku dalam dua tahun lepas di Semenanjung Reykjanes, hujung barat daya Iceland.

    “Lebih kurang 1,600 gempa bumi telah diukur dan gempa bumi terbesar telah dirasai di kawasan ibu kota,” kata agensi itu dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa aktiviti seismik berterusan boleh dijangka sepanjang hari.

    Empat daripada gegaran tersebut mempunyai magnitud melebihi empat, yang dianggap sebagai gempa ringan. – AFP

    Gambar yang diambil pada 27 Februari 2021 menunjukkan pakar bahaya semula jadi di Pejabat Meteorologi Iceland di Reykjavik, yang meninjau keadaan di semenanjung Reykjanes, Iceland. – CNN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda