Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gegaran di beberapa kawasan di Malaysia

    PUTRAJAYA, 30 APRIL – Gegaran dirasai di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, sebahagian Selangor, Pulau Pinang dan sebahagian Perak pada sebelah petang ini susulan gempa bumi sederhana di utara Sumatera, Indonesia.

    Menurut hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia di laman rasmi Facebook jabatan itu, kejadian gempa bumi itu yang berukuran 5.2 skala Ritcher itu berlaku pada jam 4:20 petang di kedudukan 27km Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia pada kedalaman 10km.

    Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu.

    Beberapa penduduk di Putrajaya membuat hantaran di laman sosial seperti Twitter melaporkan mengalami rasa goyang di kediaman mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda