Niat mahu berseronok menonton konsert Taylor Swift bertukar loya selepas melihat aksi pengotor penyanyi tersebut di atas pentas.
Menerusi video yang tular di media sosial, Taylor dilihat membuang hingus menggunakan tangan sebelum mengelapnya pada skirt pendeknya.
Tidak hanya itu, penyanyi berusia 34 tahun itu juga dilihat menjilat hingusnya yang mengalir keluar sebelum meneruskan nyanyian.
Difahamkan kelakuan pengotor itu dilakukan Taylor semasa mengadakan konsert di United Kingdom pada 9 Jun lalu.
Memetik laporan mStar, perkara itu menimbulkan rasa jijik dalam kalangan penonton sekali gus menganggap Taylor seorang yang pengotor.
Namun ada juga yang membelanya dengan menyifatkan tindakan itu sebagai tanda sikap profesional Taylor dalam melakukan persembahan.
“Jijiknya! Dia patut lakukan itu semasa mandi bukan atas pentas.
“Hingus dia tergantung pada bajunya… dia pengotor!
“Dia tetap manusia dan cuba lakukan terbaik untuk kerja dia, biasalah itu,” antara komen warganet. – Agensi