Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelang Duchess of Windsor bakal dilelong

    NEW YORK, 29 SEPT – Sebentuk gelang Cartier bertatahkan batu permata yang dihadiahkan oleh Duke of Windsor kepada isterinya, Wallis Simpson pada ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada 1938 telah dipamerkan di New York.

    Gelang batu delima dan berlian itu dijangka dijual di antara AS$1 dan AS$2 juta apabila Christie’s melelongnya di Geneva pada 9 November.

    Edward VIII turun dari takhta Britain pada Disember 1936, beberapa bulan menerajui tampuk pemerintahan, supaya beliau dapat berkahwin dengan Simpson, warga Amerika yang dua kali bercerai.

    Beliau menjadi Duke of Windsor dan mengahwini Simpson di Perancis pada 3 Jun 1937, menghadiahinya gelang tersebut setahun kemudian.

    “Untuk ulang tahun pertama kami pada 3 Jun,” menurut inskripsi yang terukir dalam batu permata itu.

    Dalam satu siaran akhbar, Christie’s menyifatkan gelang Duchess of Windsor sebagai ‘gaya Art Deco yang anggun dan sofistikated.’ – AFP

    Gelang bertatahkan batu delima dan berlian bekas Duchess of Windsor dipamer semasa previu media di Christie’s, New York pada 28 September 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda