Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Gelang hijau serikan malam Taman Mahkota Jubli Emas

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah mengadakan acara berjalan malam dengan mengenakan gelang lampu berwarna hijau sebagai tanda memperingati Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram pada acara yang berlangsung di Taman Mahkota Jubli Emas, baru-baru ini.

    Tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Pemangku Pengarah BKN, Awang Zainol Adi bin Haji Jamain. Turut serta dalam acara itu ialah semua warga BKN.

    Tema pada tahun ini, Memperkasa Masyarakat Masa Depan Tanpa Dadah dengan memfokuskan kesedaran kepada semua masyarakat dalam sama-sama berganding bahu memberi sokongan kepada BKN dalam usaha membanteras dadah di negara ini.

    Sambutan tersebut disambut pada setiap 26 Jun adalah tarikh yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram.

    BKN berharap akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran orang ramai dalam usaha menangani isu penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Negara Brunei Darussalam.

    Pemakaian gelang berwarna hijau sebagai memperingati Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram. – GAMBAR SERAHAN BKN
    Para peserta bergambar ramai sebelum memulakan acara berjalan. – GAMBAR SERAHAN BKN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan, Iran pulang ke tanah air

    KABUL, 2 JULAI – Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke negara asal mereka sejak sebulan lalu, menurut Kementerian Pelarian...