Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Gelar Melayu Serumpun’ rancakkan kempen IMT-GT 2023-2025

    JAKARTA, 31 MEI – Acara “Gelar Melayu Serumpun” yang sedang berlangsung di Medan, Sumatera dilihat mampu menyumbang dengan ketara kepada kempen Melawat Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) 2023-2025.

    Bertemakan ‘Tak Kan Hilang Melayu di Bumi’, acara yang berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun mempamerkan pelbagai persembahan dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand selain daripada India.

    Antara elemen kebudayaan yang diketengahkan ialah tarian Melayu, pertunjukan fesyen, puisi dan berbalas pantun, persembahan kumpulan muzik dan bazar kraf daripada perusahaan kecil dan sederhana.

    Acara itu bukan sahaja melonjakkan pelancongan tetapi juga mengukuhkan kesenian dan kebudayaan Melayu serta persahabatan dan kerjasama antara Indonesia, Malaysia dan Thailand, kata Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Salahuddin Uno dalam satu kenyataan, kelmarin.

    Acara ‘Gelar Melayu Serumpun’ dirasmikan oleh Sandiaga pada Rabu di istana bersejarah, Istana Maimun dibina pada 1888 dan peninggalan Kesultanan Deli. Itu merupakan program ketiga berturut-turut di bawah kalendar kementerian itu sejak 2022.

    Datuk Bandar Medan, Muhammad Bobby Afif Nasution berkata Istana Maimun penting sebagai sebuah pusat kebudayaan, menzahirkan harapan ia akan terus menjadi tuan rumah kepada acara sedemikian dan menjadi panduan kebudayaan Melayu, terutamanya di Sumatera Utara.

    Menekankan acara ini untuk memulihara kebudayaan Melayu, Muhammad Bobby yang juga menantu kepada Presiden Joko Widodo berkata, ”Kami berharap acara ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga sebagai platform untuk mempelajari dan mempromosi kebudayaan Melayu”. – Bernama

    Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno dalam wawancara dengan Bernama bersama Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda