PARIS, 11 Jun – Rafael Nadal (gambar) menegaskan jika memenangi gelaran Terbuka Perancis ke-10 hari ini, dan mahkota ke-15 dalam Grand Slam, bukanlah pencapaian terhebatnya.
Masa kebanggaannya, jelasnya, hadir pada kedudukan paling rendah pada akhir 2012 dan permulaan 2013 apabila ia jelas bahawa perjuangan kerjayanya terhadap kecederaan lutut dan pergelangan yang dihadapinya seolah-olah menamatkan kerjayanya.
Tetapi, dari kedudukan yang tidak menghasilkan sebarang kejayaan, dia kemudian melakarkan salah satu musim paling menarik dalam sukan tersebut.
“Ia benar bahawa 10 adalah nombor yang indah, tetapi pilihan saya adalah sembilan,” kata Nadal, juara sembilan kali di Roland Garros.
“Namun jika ia menjadi 10, ia akan menjadi nombor pilihan saya. “Tetapi situasi yang lebih saya banggakan dalam kerjaya saya adalah pada tahun 2013. Ia sesuatu yang luar biasa.”
Nadal tidak beraksi selama tujuh bulan di antara 2012 dan 2013 kerana kecederaan lutut dan kemudian mengalami virus di perut.
Tetapi apabila dia kembali, dia memenangi gelaran-gelaran Terbuka Perancis dan AS dan mendapatkan kembali kedudukan nombor satu.
“Saya mengalami banyak masalah di lutut saya, jadi saya tidak dapat berlatih sama sekali. Dan saya menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu, mencatatkan kemenangan di sini (Paris), memenangi Terbuka AS. Jadi ia adalah perkara di mana saya lebih berbangga,” kata Nadal.
Pemain dari Sepanyol itu, dalam laluan bagi Terbuka Perancis ke-10, di mana dia menghadapi juara 2015, Stan Wawrinka hari ini, tanpa melepaskan satu set. – AFP