Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Gelaran Liga Perdana di luar kawalan Arsenal – Arteta

    LONDON, 23 FEB – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengecam pemainnya kerana gagal mencapai piawaian yang dituntut juara Liga Perdana Inggeris ketika tewas 1-0 kepada West Ham kelmarin.

    Harapan The Gunners untuk merebut gelaran liga pertama dalam tempoh 21 tahun telah pudar dengan kekalahan pertama mereka di tempat sendiri musim ini untuk kekal lapan mata di belakang pendahulu Liverpool.

    Jarrod Bowen menjaringkan gol tunggal permainan apabila dia menanduk masuk sejurus sebelum separuh masa untuk gol ke-50nya dalam liga.

    Persembahan hambar Arsenal semakin merugikan apabila Myles Lewis-Skelly dilayangkan kad merah ketika perlawanan berbaki 18 minit menjadikan kad merah kelima dilayangkan kepada anak buah Arteta musim ini.

    “Ia bukan dalam tangan kami,” kata Arteta mengenai perebutan kejuaraan.

    “Saya benar-benar marah dengan perkara yang boleh kami kawal – iaitu prestasi dan keputusannya – tetapi kami tidak melakukan itu sebaik mungkin.

    “Saya sangat kecewa, dan jelas sangat marah juga. Walaupun kami mempunyai 20 percubaan, saya tidak pernah merasakan bahawa kami berada pada tahap yang kami perlukan.

    “Kami memang sepatutnya marah kerana kami tidak mencapai tahap kali ini dan saya sangat bertanggungjawab terhadapnya jadi saya sangat, sangat marah.”

    Cabaran kejuaraan Arsenal telah dimusnahkan oleh kecederaan pada hampir keseluruhan barisan hadapan mereka.

    Kai Havertz, Gabriel Martinelli, Gabriel Jesus dan Bukayo Saka sekali lagi diketepikan, memaksa pemain tengah Mikel Merino menjadi penyerang tengah.

    Arteta, bagaimanapun, enggan bergantung pada alasan itu kerana dia menuntut lebih banyak daripada mereka yang boleh bermain.

    “Saya menolak (alasan) sepenuhnya kerana saya bercakap mengenai standard pemain dan pasukan yang kami mainkan hari ini, termasuk saya,” tambah jurulatih dari Sepanyol itu.

    “Itu tidak mencapai tahap yang perlu kami capai untuk berpeluang memenangi Liga Perdana.

    “Kami perlu cermin diri kami tentang apa yang boleh kami lakukan dengan lebih baik. Kemahuan, keinginan, cara kami berlari dan cara kami mahu, (tidak ada) persoalan tentang itu.

    “Tetapi dengan tahap kali ini, ia tidak mencukupi. Awda perlu memberi persembahan dengan kualiti yang baik untuk menewaskan pasukan yang benar-benar bagus dan melakukan gerakan yang boleh mengancam untuk memenangi perlawanan, dan hari ini kami tidak melakukannya.” – AFP

    Reaksi Mikel Arteta semasa perlawanan Arsenal menentang West Ham United di Stadium Emirates, London kelmarin. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...