Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelaran Miami milik Konta

    MIAMI, 2 April – Johanna Konta menewaskan Caroline Wozniacki 6-4, 6-3 untuk memenangi Terbuka Miami semalam, gelaran terbesar yang dimenangi oleh wanita British dalam tempoh 40 tahun.

    Konta, yang belum pernah memenangi kejohanan mandatori WTA, akan melonjak ke ranking ketujuh dunia dengan kemenangan itu.

    Pemain kelahiran Sydney yang berusia 25 tahun itu menewaskan, yang Venus Williams dalam separuh akhir, bermula dengan cemerlang, memenangi permainan pembukaan sebelum Wozniacki menyamakan kedudukan 2-2. Selepas satu lagi ‘break’, pemain dari Britain itu mendapatkan kesempatan terhadap dua ‘double-fault’ dari pemain dari Denmark itu untuk menghasilkan ‘break’ bagi 5-4 dan memenangi set tersebut.

    Terdapat rentak yang sama kepada permulaan set kedua, dengan kedua pemain berbalas-balas ‘break’ pada dua permainan pertama. Detik penting berlaku apabila Konta mendahului kedudukan 4-3, dengan sedikit bantuan daripada tali jaring.

    Johanna Konta dari Britain memegang trofi kemenangan selepas menewaskan jaguh tenis dari Denmark, Caroline Wozniacki di final Terbuka Miami. – AFP
    Johanna Konta dari Britain memegang trofi kemenangan selepas menewaskan jaguh tenis dari Denmark, Caroline Wozniacki di final Terbuka Miami. – AFP

    Konta yang beraksi dengan penuh yakin, sekali lagi menghasilkan ‘break’, dengan menghasilkan mata penamat, untuk memastikan kemenangan terbesar sepanjang kerjayanya dan yang terbaik oleh wanita British sejak Virginia Wade memenangi kejohanan di Wimbledon pada tahun 1977.

    Belum ada wanita British yang memenangi kejohanan mandatori sejak persaingan elit diperkenalkan pada tahun 2009 dan ini adalah kali kedua Konta layak bagi kejohanan Miami.

    Pemain dari Britain itu berkata permulaan pantasnya jelas membantunya dalam apa yang dilihat pertandingan akhir mandatori, berikutan kekalahannya kepada Agnieszka Radwanska di Beijing pada tahun 2016. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda