Tuesday, August 27, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelombang haba: 3 meninggal dunia ketika pendakian

    LOS ANGELES, AMERIKA SYARIKAT, 16 JULAI – Tiga orang, termasuk bapa dan anak perempuan, meninggal dunia ketika mendaki di negeri barat Amerika Syarikat (AS), Utah pada hujung minggu, menurut pegawai Perkhidmatan Taman Negara AS.

    Dua daripada mangsa, seorang lelaki berusia 52 tahun dan anak perempuannya berusia 23 tahun, meninggal dunia pada Jumaat di Taman Negara Canyonlands selepas mereka “sesat dan kehabisan air,” kata pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan.

    Suhu pada masa itu melebihi 37.8 darjah Celsius, dan apabila kakitangan perubatan kecemasan tiba di tempat kejadian, kedua-duanya disahkan meninggal dunia.

    Pada Sabtu, seorang wanita berusia 30 tahun ditemui mati dalam pendakian berasingan di Snow Canyon Park, polis tempatan melaporkan, sambil memberi amaran kepada orang ramai tentang risiko dehidrasi. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    -