Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Gelombang haba dijangka landa 17 bandar Itali

    ROM, 28 JUN – Sebanyak 17 bandar di Itali akan menerima amaran gelombang haba hujung minggu ini, kata Kementerian Kesihatan negara itu kelmarin.

    Kementerian itu berkata 17 daripada 27 bandar di Itali yang dipantau akan berada di bawah amaran gelombang haba tahap dua mulai Sabtu, termasuk ibu kota Tuscany, Florence, ibu kota Sicily, Palermo dan ibu kota Itali, Rom, lapor Xinhua.

    Ketika sebahagian besar bahagian utara negara itu dijangka mengelak kenaikan suhu panas, bandar Trieste dan Verona di timur laut mungkin dilanda gelombang haba yang teruk.

    Kementerian mengumumkan bahawa amaran gelombang haba akan kekal berkuat kuasa sehingga sekurang-kurangnya Isnin.

    Kementerian mengesyorkan agar orang ramai di bandar yang terjejas teruk oleh gelombang haba supaya tinggal di dalam rumah antara 11 pagi hingga 6 petang waktu tempatan dan mengambil langkah berjaga-jaga lain untuk mengelakkan penyakit berkaitan haba.

    Menurut laman pemantauan cuaca Itali, II Meteo, suhu di lebih 10 bandar dijangka melebihi 40 darjah Celsius menjelang Sabtu disebabkan arus cuaca panas yang bergerak ke utara dari Afrika. – Bernama

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...