Sunday, July 7, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Gelombang haba dorong permintaan tenaga memuncak di India

    NEW DELHI, 19 JUN – Suhu gelombang haba yang panas membahang di utara India mendorong permintaan tenaga mencecah paras tertinggi, kata kerajaan kelmarin, dengan penduduk di ibu negara New Delhi turut bergelut dengan kekurangan air.

    Sebahagian besar kawasan utara India telah dicengkam oleh gelombang haba yang teruk selama sebulan, dengan suhu kerap meningkat melebihi 45 darjah Celsius.

    India Utara telah ‘mengalami keadaan permintaan yang tinggi berikutan gelombang haba yang berlaku’ sejak 17 Mei, kata Kementerian Tenaga dalam satu kenyataan, sambil menambah ia terpaksa mengimport 25-30 peratus lebih tenaga dari wilayah jiran.

    “Walaupun keadaan yang mencabar ini, permintaan kemuncaj iaitu 89 gigawatt di wilayah utara berjaya dipenuhi,” katanya pada Isnin lalu.

    Ketika ini, India amat bergantung kepada arang batu untuk penjanaan kuasa.

    Pihak berkuasa berjaya menangani gangguan bekalan elektrik yang berleluasa namun terdapat beberapa gangguan bekalan elektrik setempat apabila peralatan bekalan tenaga itu rosak ketika cuaca panas.

    Kementerian itu berkata ia mengarahkan syarikat tenaga untuk “sentiasa berjaga-jaga dan meminimumkan gangguan peralatan secara terpaksa”.

    Sementara itu, ramai penduduk Delhi terpaksa bergantung kepada lori tangki air untuk memenuhi permintaan.

    Memandangkan cuaca panas dan lonjakan permintaan di negeri masing-masing, pihak berkuasa bandar berkata mereka tidak mempunyai bekalan air yang cukup.

    Jabatan Meteorologi India memberi amaran gelombang haba yang teruk mungkin berterusan sehingga Khamis sebelum beransur-ansur reda.

    Ia juga telah berulang kali memberi amaran kepada orang ramai tentang kemungkinan mengalami strok haba dalam semua peringkat umur dan mengingatkan tentang penjagaan yang diperlukan untuk golongan yang mudah terdedah. – AFP

    Pekerja mendapatkan bekalan air dari paip pada hari yang panas di New Delhi pada 17 Jun. Cuaca panas mendorong permintaan tenaga pada paras tertinggi di kawasan itu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    13 masuk hospital selepas gajah mengamuk

    COLOMBO, 7 JULAI - Kira-kira 13 orang cedera pada malam kelmarin selepas seekor gajah mengamuk semasa acara keagamaan di selatan Sri Lanka, kata polis...