Wednesday, September 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelombang haba: Kanak-kanak 3 tahun ditemui mati dalam kereta

    LOS ANGELES, 11 SEPT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta semasa gelombang haba di Selatan California, kata polis baru-baru ini.

    Kanak-kanak itu ditemui pada Jumaat dan disahkan meninggal dunia dengan punca kematian yang disyaki komplikasi akibat strok haba, sementara menunggu laporan bedah siasat rasmi, kata polis Anaheim.

    Ibunya ditangkap selepas polis menemui beberapa botol alkohol kosong dalam kereta.

    Dia kemudian didapati mempunyai kandungan alkohol dalam darah hampir empat kali ganda had yang dibenarkan untuk memandu, kata pendakwa.

    Sandra Hernandez-Cazares, 42, didakwa membunuh tidak sengaja dan penderaan kanak-kanak mengakibatkan kecederaan serius. Dia menghadapi hukuman maksimum 12 tahun untuk kedua-dua tuduhan.

    Pejabat Pembela Awam Orange County tidak dapat dihubungi untuk mengulas lebih lanjut. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda