Tuesday, April 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelombang haba landa ibu negara India

    NEW DELHI, 8 APRIL – Beberapa minggu sebelum puncak musim panas di India, gelombang haba teruk melanda wilayah ibu negara India, Delhi dan kawasan lain di negara itu, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran di beberapa negeri, lapor Xinhua.

    Pada Isnin, Delhi mencatatkan suhu tertinggi musim ini, dengan suhu mencecah 40.2 darjah Celsius di Safdarjung, iaitu 5.1 darjah melebihi paras normal.

    Menurut Jabatan Meteorologi India (IMD), suhu maksimum di Delhi dijangka berada dalam julat 40 hingga 42 darjah Celsius.

    Peningkatan suhu adalah selaras dengan ramalan gelombang haba IMD di ibu negara untuk minggu ini.

    Untuk kawasan dataran, gelombang haba diisytiharkan apabila suhu maksimum melebihi 40 darjah Celsius dan sekurang-kurangnya 4.5 takuk melebihi normal.

    Menandakan permulaan awal keadaan musim panas melampau di sebahagian besar India, IMD juga memberi amaran bahawa kira-kira 21 bandar raya di Rajasthan, Gujarat, Odisha dan Maharashtra berkemungkinan mencatatkan suhu tinggi dalam beberapa hari akan datang. – Bernama

    Seorang polis trafik menggunakan topi keledar berpenyejuk udara untuk mendapatkan kelegaan daripada haba semasa bertugas di persimpangan jalan pada hari panas musim panas di Chennai pada 8 April 2025. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda