Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelombang haba melampau ragut 1,063 nyawa

    MADRID, 21 JULAI – Gelombang haba yang melanda Portugal dianggarkan telah meragut 1,063 nyawa antara 7 hingga 18 Julai, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

    Kadar kematian meningkat di tengah-tengah gelombang haba terburuk pernah melanda Portugal dengan suhu tertinggi mencecah 47 darjah Celsius pada bulan ini.

    Menurut data dikeluarkan Institut Alam Sekitar ICNF kelmarin, gelombang haba itu turut mencetuskan kebakaran hutan hingga memusnahkan 45,467 hektar tanah, hanya dalam tempoh 13 hari sahaja.

    Dua anggota bomba dan seorang penduduk tempatan turut terkorban dalam kebakaran manakala lebih 135 lagi cedera. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda