Monday, November 11, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelombang haba punca harga kubis Korea Selatan meningkat

    SEOUL, 20 SEPT – Gelombang haba yang tidak pernah berlaku sebelum ini di seluruh Korea Selatan telah menyebabkan harga kubis meningkat, menurut data yang didedahkan hari ini, dengan sayur yang digunakan dalam hidangan kebangsaan yang terkenal, kimchi melonjak hampir 70 peratus tahun ke tahun.

    Harga sebiji kubis mencecah AS$ 7.02 kelmarin – meningkat 69.1 peratus berbanding hari yang sama tahun lalu, menurut data yang dikeluarkan oleh Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan & Makanan Korea yang dikendalikan oleh kerajaan.

    Kubis ialah bahan utama kimchi, hidangan penapaian yang pedas yang terkenal di negara itu yang dimakan setiap hari oleh kebanyakan rakyat Korea.

    Pakar mengatakan bahawa peningkatan suhu musim panas menyebabkan ketidakstabilan bekalan – terutamanya untuk kubis tanah tinggi, yang tumbuh subur dalam iklim yang lebih sejuk. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda