Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelombang haba punca pengakap letih

    SEOUL, 2 OGOS – Ratusan pengakap di sebuah jambori besar di Korea Selatan mengalami keletihan akibat gelombang haba yang melanda, kata penganjur hari ini, ketika Semenanjung Korea berdepan dengan lonjakan kematian akibat cuaca panas.

    Lebih kurang 43,000 orang dari pelbagai negara sedang mengambil bahagian dalam Jambori Pengakap Sedunia – acara kem muda terbesar di dunia. Tahun ini, acara tersebut diadakan di wilayah Jeolla Utara di mana amaran gelombang haba diberikan, dengan suhu harian mencecah kira-kira 35 darjah Celsius.

    Pada malam pertama di tapak kem, terdapat kira-kira 400 kes keletihan akibat panas, kata penganjur, dan mereka sedang dirawat di sebuah hospital sementara di tapak kem tersebut.

    Seorang pengakap Malaysia memberitahu sebuah akhbar Korea Selatan bahawa cuaca di sana lebih panas daripada negara asalnya: “Cuacanya sangat panas sehingga saya mengalami migrain,” katanya.

    Media tempatan melaporkan bahawa pengakap dari Amerika Syarikat, Britain, Belgium, Bangladesh, Colombia, Poland dan Sweden juga terjejas.

    Kerajaan Korea Selatan telah mengeluarkan amaran gelombang haba tertinggi apabila suhu melonjak tinggi pada musim panas ini, dengan 21 kematian akibat penyakit berkaitan panas dilaporkan sehingga kini, menurut Yonhap.

    Itu tiga kali ganda jumlah kematian berkaitan panas berbanding tahun lalu, menurut Yonhap. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda