DONG NAI, 2 MEI – Beratus ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan oleh gelombang panas dan pengurusan tasik yang teruk.
Seperti kebanyakan di Asia Tenggara di mana sekolah terpaksa ditutup awal dan penggunaan elektrik semakin meningkat, di selatan dan tengah Vietnam juga semakin teruk akibat haba yang terlalu tinggi.
Gambar menunjukkan penduduk mengharungi dan menaiki bot melalui takungan Song May seluas 300 hektar, dengan air hampir tidak kelihatan berikutan hidupan marin yang mati.

Menurut laporan media, kawasan itu tidak mengalami hujan selama berminggu-minggu dan air di dalam takungan terlalu cetek.
Penduduk tempatan, Nghia berkata pengurusan takungan sebelum ini sudah mengeluarkan air untuk cuba menyelamatkan tanaman di hilir.
“Mereka kemudian cuba mengubah suai takungan itu, membawa masuk pam untuk mengeluarkan lumpur supaya ikan mempunyai lebih banyak ruang dan air.
“Bagaimanapun, usaha itu gagal membuahkan hasil dan tidak lama selepas itu ba-nyak ikan mati,” katanya dengan laporan media tempatan mencadangkan sebanyak dua ratus tan metrik mungkin sudah musnah. – AFP

