Wednesday, March 19, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelombang panas pecah rekod akibat pemanasan global

    PARIS, 27 JULAI – Gelombang panas semasa yang memecahkan rekod sebelum ini di Kanada dan Siberia dikesan berlaku kerana pemanasan global kini berlaku lebih pantas.

    Kajian oleh penyelidik, yang dilaporkan oleh Nature Climate Change, menunjukkan faktor menyumbang pemanasan global tidak bertambah, sebaliknya kes sedia berlaku seperti kebakaran kini semakin banyak dan berlanjutan lebih lama.

    Pengarang utama dan seorang saintis kanan di ETH Zurich, Erich Fischer berkata manusia berada pada ambang perubahan cuaca panas yang sangat cepat dan perlu bersedia menghadapi cuaca panas lebih teruk lagi.

    “Gelombang panas yang melanda British Columbia menyaksikan suhu mencecah 49.6 darjah Celsius, lebih daripada lima darjah berbanding hari paling panas dicatatkan di Kanada.

    “Tahap pemanasan semasa dijangka meningkat kira-kira 0.2 darjah Celsius setiap dekad dan mungkin berterusan selama sekurang-kurangnya 10 hingga 20 tahun lagi.

    “Kebarangkalian rekod pada masa depan juga bergantung pada pelepasan yang membawa kita ke tahap pemanasan tertentu,” katanya yang juga pengarang utama penilaian sains iklim Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

    Profesor di Pusat Nasional Sains Atmosfera Universiti Reading, Britain, Rowan Sutton berkata kajian baharu menunjukkan potensi tinggi untuk mengatasi rekod ekstrem termasuk hujan lebat yang melanda Jerman dan China awal bulan ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda