Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gelombang pertama virus Thailand berakhir

    HANOI, 9 JULAI – Gelombang pertama wabak COVID-19 di Thailand sudah berakhir selepas negara tidak melaporkan kes tempatan baharu selama 44 hari berturut-turut, kata pakar bahagian Perubatan Pencegahan Kementerian Kesihatan Awam, Jabatan Pengawalan Penyakit Dr Anupong Sujariyakul, kelmarin.

    Namun, beliau tetap mengingatkan rakyat Thailand sentiasa bersiap sedia menghadapi gelombang jangkitan kedua, memandangkan penularan wabak itu masih berlaku di banyak negara di dunia, yang menyaksikan ada beberapa negara sudah mengalami gelombang kedua, lapor  Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Orang ramai perlu sentiasa berwaspada pada setiap masa, memakai penutup mulut dan hidung, mematuhi penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda