BEIJING, 30 DIS – Pihak berkuasa meteorologi China hari ini mengeluarkan amaran peringkat kuning berikutan gelombang sejuk yang melanda sebahagian besar wilayah tengah dan timur China, lapor agensi berita Xinhua.
Dari hari ini hingga esok, suhu di kebanyakan kawasan di selatan China dijangka mencatatkan penurunan sehingga 12 darjah Celsius, kata Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC).
Gelombang sejuk juga diramal melanda wilayah di utara China dan di kawasan sepanjang Sungai Yangtze dan Sungai Huai.
China mempunyai sistem amaran cuaca empat peringkat, merah mewakili paling buruk diikuti jingga, kuning dan biru. – Bernama