Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gelombang sejuk landa Korea Selatan

    SEOUL, 24 NOV – Amaran gelombang sejuk dikeluarkan di Korea Selatan ketika suhu menjunam di bawah paras sifar di seluruh negara, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap pada hari ini.

    Suhu sekitar tujuh hingga 15 darjah Celcius direkodkan pada pagi hari ini berbanding hari sebelumnya dan bacaan di bawah sifar direkodkan di seluruh negara, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).

    KMA mengeluarkan amaran gelombang sejuk di Seoul pada malam Khamis dan suhu terendah diramalkan kekal di bawah -12 darjah Celcius untuk sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut.

    Nasihat itu turut dikeluarkan di wilayah Gyeonggi, sekitar Seoul, wilayah Gangwon dan wilayah tenggara, termasuk bandar pelabuhan Busan.

    Cuaca sejuk dijangka berterusan hingga hujung minggu ini.

    Kementerian Dalam Negeri meningkatkan tahap amaran kepada ‘berjaga-jaga’. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...