Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Gelongsor air jadi tumpuan

    Oleh Aziz Idris

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Gelongsor air sepanjang 500 kaki yang mempunyai dua lorong telah dipasang di lereng Sekolah Sukan di Berakas, hari ini, sebagai sebahagian daripada lanjutan Festival Air Brunei kedua hujung minggu lalu.

    Heroes Event Management, penganjur festival berkenaan telah melanjutkan operasi gelongsor besar itu bagi mereka yang tidak dapat menghadirinya pada 24 dan 25 Mac lalu.

    Di samping gelongsor sejenisnya itu, acara berkenaan juga termasuk acara-acara sukan sampingan seperti water dunk, bola jaring, besbol dan air ball yang menanti pengunjung yang mahukan masa berkualiti dengan mengambil kesempatan beberapa hari sebelum sekolah dibuka.

    Dua orang pengunjung semasa bermain gelongsor air yang diadakan di Sekolah Sukan.

    Pihak penganjur berharap untuk mengadakan festival air berkenaan secara suku tahunan terutamanya semasa cuti persekolahan dan berharap untuk melanjutkan lagi operasinya ke bandar-bandar di negara jiran seperti Kota Kinabalu, Sabah atau Kuching, Sarawak, Malaysia.

    Orang ramai yang ingin menaiki gelongsor air berkenaan mesti mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan sepanjang masa. Rutin pemeriksaan kualiti air bagi nilai pH dan paras klorin juga dijalankan sepanjang hari.

    Bagi kemudahan, bilik persalinan, surau dan tandas juga disediakan.

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    Dendam Tok Darud

    Inara Rusli didakwa perosak rumah tangga

    Berita Berkaitan

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    SELANGOR - Kelas lukisan berus Cina selama empat jam...

    Dendam Tok Darud

    (Siri 17) Oleh Dino MN - Baru saja tiga bulan penduduk...

    Inara Rusli didakwa perosak rumah tangga

    Pempengaruh Indonesia, Wardatina Mawa tampil membuat laporan polis di...

    Black Panther terima penghargaan Bintang Hollywood Walk of Fame

    Bintang filem Black Panther, Chadwick Boseman, pada Khamis menerima...

    Terkini

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    SELANGOR - Kelas lukisan berus Cina selama empat jam...

    Dendam Tok Darud

    (Siri 17) Oleh Dino MN - Baru saja tiga bulan penduduk...

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...