Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya dan menambah keseronokan pelanggan untuk memandu pulang dengan kenderaan baharu mereka, NBT Toyota Brunei mengadakan kempen raya tahunan, Gembira Bersama Toyota 2.0 yang menampilkan hadiah-hadiah lebih hebat dan menarik yang bernilai keseluruhan $80,000 kepada 25 pelanggan bertuah.
Dari 1 Februari hingga 30 April, pelanggan yang membuat pembelian bagi mana-mana kenderaan Toyota akan berpeluang untuk memenangi sebuah kenderaan dan baucar membeli-belah bernilai antara $500 hingga $10,000.
Gembira Bersama Toyota 2.0 memperkenalkan sebanyak 25 hadiah bagi 25 pemenang bertuah termasuk hadiah utama iaitu sebuah Toyota Veloz, hadiah kedua iaitu baucar membeli-belah $10,000, hadiah ketiga iaitu baucar membeli-belah $5,000, hadiah keempat dan seterusnya akan mendapat hadiah dan baucar.
Pelanggan-pelanggan yang mendaftar beberapa buah kenderaan Toyota semasa tempoh kempen akan meningkatkan peluang mereka untuk menang, memberikan mereka lebih banyak peluang untuk mendapat hadiah-hadiah menarik berkenaan.
Tarikh bagi acara pra-cabutan dan cabutan utama akan diumumkan menerusi saluran media sosial Toyota Brunei apabila hampir kepada acara-acara berkenaan diadakan.