Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gembira menjadi Ketua Membelai Wombat

    PERKONGSIAN momen indah dua tahun lalu oleh seorang jurugambar profesional, Sean Scott bersama seekor anak wombat di laman sosial miliknya, mendapat reaksi jutaan penduduk di seluruh dunia.

    Difahamkan klip video sepanjang 15 minit itu dirakam ketika Scoot melakukan tugasan luar di Pulau Flinders Tasmanian. Jurugambar profesional berkenaan dikatakan menghabiskan masa selama empat hari berada di pulau tersebut yang menjadi salah sebuah destinasi lawatannya di Australia.

    Anak wombat digelar dengan Derek merupakan haiwan peliharaan milik Kate Mooney. Di pulau terbabit, wanita ini terkenal dengan jolokan nama ‘The Wombat Lady of Flinders Island’ ekoran memiliki 100 jenis ekor spesies haiwan paling jarang ditemui.

    Perkembangan positif itu secara tidak langsung mendapat perhatian dari Jabatan Pelancongan di Tasmanian. Bagi menampakkan ia lebih menarik, mereka telah menganjurkan satu pertandingan khas misi pencarian individu terbaik bagi mengisi satu kekosongan jawatan sebagai Ketua Membelai Wombat.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pelancongan Tasmanian, John Fitzgerald, idea penganjuran pertandingan ini telah dipersetujui selepas peningkatan memberangsangkan jumlah tontonan rakaman video Wombat bernama Derek, tular di media sosial.

    Anak wombat digelar Derek merupakan haiwan peliharaan milik Kate Mooney. Di pulau terbabit, wanita ini terkenal dengan jolokan nama ‘The Wombat Lady of Flinders Island’ ekoran memiliki 100 jenis ekor spesies haiwan paling jarang ditemui. – Agensi
    Pemenang bagi pertandingan ini telah diumumkan pada awal bulan Jun 2016. Individu istimewa itu ialah Justin Johnstone. – Agensi
    Klip video sepanjang 15 minit yang dirakam ketika Scoot melakukan tugasan luar di Pulau Flinders Tasmanian telah mendapat reaksi jutaan penduduk di seluruh dunia apabila dia kelihatan bersama seekor anak wombat. – Agensi

    Jelasnya lagi, pertandingan ini dianjurkan bertujuan mempromosikan Tasmanian kepada para pelancong tempatan mahupun luar negara. Justeru, dia percaya video tular tersebut akan menarik lebih ramai individu untuk menyertainya. Dengan adanya penganjuran sebegini, kata Fitzgerald, ia sedikit sebanyak akan memberi impak positif kepada industri pelancongan di Tasmanian.

    Pertandingan mencari Ketua Membelai Wombat terbuka kepada mana-mana individu warga Australia sahaja dan berumur 18 tahun ke atas dengan penyertaan itu telah ditutup pada 16 April 2016.

    Selepas berita berkenaan diumumkan, pihak peganjur telah menerima lebih 13,000 penyertaan di seluruh Australia.

    Jelas Fitzgerald, selain berpeluang bekerja sebagai Ketua Membelai Wombat, pemenang turut menerima beberapa insentif menarik lain. Antaranya, tiket penerbangan percuma untuk dua orang ke Pulau Flinders termasuklah penginapan selama tiga hari.

    Selain itu, individu yang berjaya akan diberikan akses memandu perkhidmatan kereta sewa secara percuma selama empat hari. Menarik lagi, sepanjang berada di pulau terbabit, pemenang diberi peluang menghabiskan masa bersama anak wombat terkenal iaitu Derek.

    Misi pencarian individu terbaik sebagai Ketua Membelai Wombat akhirnya sampai ke puncak. Pemenang bagi pertandingan ini telah diumumkan pada awal bulan Jun 2016. Individu istimewa itu ialah Justin Johnstone.

    Dia yang tinggal di Melbourne meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan itu.

    Sebelum dinobatkan sebagai Ketua Membelai Wombat, Johnstone sememangnya sudah biasa menguruskan mamalia tersebut. Masakan tidak, dia turut memiliki sembilan ekor wombat di kediamannya.

    Sewaktu dibawa bertemu dengan Derek, pemenang tersebut tertarik melihat keletah anak wombat berkenaan. Kata Johnstone, rakan baharunya itu sedikit aktif dan manja. Meskipun masih awal, lelaki ini memberitahu bahawa Derek semakin selesa bersama dengannya.

    Di samping itu, dia turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak penganjur kerana memilihnya sebagai pemenang. Dia turut berjanji untuk menjalankan tugas sebaik mungkin untuk menjaga ikon baharu Tasmanian itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/