Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gementar namun teruja

    Oleh Normazlina M.D

    TUTONG, 3 Jan – Teruja dan gementar, itulah yang diluahkan rata-rata pelajar baru Tahun 7 yang ditemui semasa hari pertama memulakan persekolahan di sekolah menengah hari ini.

    Salah seorang pelajar baru Tahun 7 yang diterima masuk ke Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Dayang Tia Yasmina binti Tarjan yang mendapat keputusan 5 ‘A’ semasa menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun lalu telah menyatakan perasaan sangat teruja dan bersema-ngat kerana berjaya meneruskan pendidikannya ke peringkat sekolah menengah.

    Katanya, beliau teruja kerana ingin mengetahui pelajaran-pelajaran sekolah menengah yang mungkin lebih mencabar berbanding di sekolah rendah.

    Kerana ingin menjadi seorang doktor, Dayang Tia Yasmina semasa ditemui melahirkan harapan akan dapat menumpukan pembelajarannya dan akan dapat menyambung ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

    Dayang Tia Yasmina amat teruja memasuki sekolah menengah dan akan menumpukan pembelajarannya sehingga berjaya melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

    Di kesempatan itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarganya dan bekas guru-guru yang mengajarnya di Sekolah Rendah Tumpuan Telisai, Daerah Tutong kerana memberikan sokongan dan ilmu kepada dirinya.

    Manakala itu, Dayang Siti Nazihah binti Abdullah dari Sekolah Rendah Penanjong juga menyatakan perasaan teruja bercampur gementar kerana pertama kali masuk ke sekolah menengah.

    Beliau berharap dengan memasuki sekolah menengah itu, beliau akan mendapat rakan baru dan sentiasa memberikan komitmen terhadap pelajarannya dan gurunya nanti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda