Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gemerlapan cahaya warna-warni raya

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Diterangi cahaya lampu berwarna-warni, NBT Hill sekali lagi memukau para pengunjung dengan hiasan Hari Raya mempesonakan menjelangnya musim perayaan yang bakal menjelang.

    Bagi memeriahkan lagi acara berkenaan, NBT Brunei mengadakan acara pelancaran hiasan Hari Raya berkenaan yang berlangsung di kawasan Bilik Pameran Toyota, Gadong, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan pelancaran berkenaan ialah Pengarah Urusan NBT Brunei, Haji Ahmad Omar bin Pehin Dato Haji Husin.

    Mengulas mengenai pameran hiasan berkenaan, beliau menyatakan ia dihasratkan untuk memupuk hubungan di antara syarikat berkenaan dengan orang ramai.

    Menurut beliau, sambutan Hari Raya merupakan satu perayaan yang amat istimewa di Brunei di mana ia diraikan oleh semua orang tanpa mengira bangsa atau agama. Ia merupakan satu perayaan yang meriah yang menyatupadukan semua orang.

    Orang ramai mengambil kesempatan bergambar di NBT Hill sempena pelancaran hiasan Hari Raya yang berlangsung di kawasan Bilik Pameran Toyota, Gadong, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    “Kami berharap hiasan kami di NBT Hill akan mengukir senyuman di wajah orang yang melintasi premis kami.

    “Bagi pihak NBT, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan berharap mereka serta keluarga akan sentiasa diberikan kesihatan dan kemakmuran.

    “Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan masyarakat Brunei kepada NBT, Lexus dan Toyota,” kata beliau.

    Bermula dari bawah sampai ke atas, NBT Hill dipenuhi dengan rekaan yang menarik serta elemen yang menyemarakkan keriangan perayaan Hari Raya dalam kalangan pengunjung.

    Bukit berkenaan dilihat lebih menonjol dengan hiasan bulan sabit besar dan tanglung yang diletakkan di tengah dengan berlatarbelakangkan tingkap dan langsir yang dipenuhi dengan motif bunga-bunga raya.

    Pameran itu juga dilengkapi dengan beberapa ketupat dan tanglung 3D yang dinyalakan mengelilingi pentas bersama-sama lampu dan pokok yang dihiasi dengan lampu pelbagai warna.

    Selain itu, dewan pameran Lexus berhampiran juga dihiasi dengan hiasan Hari Raya, meniru reka bentuk dan gubahan yang sama dengan di NBT Hill.

    Lampu pameran berkenaan dinyalakan sehingga pukul 1 pagi setiap hari yang menjadi hiasan yang sesuai bagi sesi bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda