Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa 5.3 magnitud gegar Sulawesi Tengah

    JAKARTA, 14 FEB – Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud melanda wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia hari ini, tetapi tidak menyebabkan kerosakan atau kecederaan, kata agensi cuaca negara itu.

    Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia melaporkan gempa bumi itu berlaku pada pukul 13:02 tengah hari waktu tempatan (0602 GMT) dengan pusat gempa terletak 30km tenggara daerah Parigi Moutong dan pada kedalaman 87km.

    Gegaran gempa itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami, tambahnya. Gegaran gempa dirasai lemah di beberapa bahagian wilayah Sulawesi Tengah, dan setakat ini tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa, termasuk di kawasan paling teruk dilanda, kata Riki Hapri, pegawai unit kecemasan agensi bencana dan mitigasi wilayah itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda