JAKARTA, 31 JULAI – Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Ritcher menggegarkan wilayah Aceh di Pulau Sumatera, pada 10:03 pagi, waktu Indonesia Barat, hari ini.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia memaklumkan pusat gempa berada 44km di aras laut barat daya Calang-Aceh Jaya pada kedalaman 56km.
Dalam satu kenyataan, BMKG menyatakan tiada risiko tsunami. Gegaran turut dirasai di Aceh Besar, Banda Aceh, Aceh Jaya, Nagan Raya, Bener Meriah dan Pidie Jaya. – Bernama