MANILA, 3 APRIL – Gempa bumi luar pesisir dengan ukuran awal 5.8 magnitud menggegarkan wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina hari ini, kata Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
Institut itu berkata gempa tersebut yang berlaku pada jam 6:24 petang waktu tempatan melanda pada kedalaman 1km, kira-kira 75km timur laut bandar Bayabas.
Gegaran itu juga dapat dirasakan di wilayah Agusan del Sur dan Surigao del Norte, kata institut, menambah bahawa gempa tektonik akan mencetuskan kejutan lanjur namun tidak menyebabkan kerosakan. – Xinhua