JAKARTA, 5 MEI – Gempa bumi berskala 5.8 menggegarkan wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia hari ini, lapor agensi berita Xinhua, memetik Badan Meteorologi, Cuaca dan Geofizik Indonesia.
Gempa berlaku pada 8:24 pagi waktu Jakarta dengan pusat gempa terletak di 3 kilometer ke tenggara desa Tuapejat di daerah kepulauan Mentawai dengan kedalaman 29 km. Tiada amaran tsunami dikeluarkan. – Bernama