Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa 6.1 magnitud gegar timur Indonesia

    JAKARTA, 26 OKT – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan wilayah timur Indonesia Maluku hari ini, tetapi tidak mencetuskan ombak gergasi, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

    Gempa bumi, yang berlaku pada pukul 12:44 tengah hari waktu Jakarta (0544 GMT), berpusat 176 kilometer (km) timur laut daerah Maluku Barat Daya dengan kedalaman 10km di bawah dasar laut.

    Agensi itu tidak mengeluarkan amaran tsunami kerana gegaran itu tidak berpotensi mencetuskan ombak gergasi, tambah agensi itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda