Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa 6.3 skala Richter landa Maluku

    JAKARTA, 1 NOV – Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda timur laut Maluku, Indonesia.

    Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.

    Menurut BMKG, gempa itu berlaku pada 10:43 pagi waktu Indonesia barat, berpusat di 198km timur laut Maluku, di kedalaman 196km di dasar Laut Arafura, perairan antara Pulau Papua dan Australia.

    BMKG kini memantau kejadian itu yang dibimbangkan boleh mencetuskan gempa susulan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda