Thursday, December 19, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa 6.4 magnitud gegar utara Filipina

    MANILA, 12 SEPT – Gempa bumi luar pesisir dengan magnitud awal 6.4 menggegarkan wilayah Cagayan di utara Filipina malam hari ini, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

    Institut itu berkata, gempa yang berlaku pada 7:03 malam waktu tempatan itu melanda pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 26km barat laut Pulau Dalupiri di bandar Calayan.

    Institut itu berkata gempa tektonik itu akan mencetuskan gegaran susulan tetapi tidak akan menyebabkan kerosakan. Ia berkata gempa itu dirasai di banyak kawasan di pulau utama Luzon dan tengah Filipina. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda