Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa 7.1 magnitud landa Vanuatu

    SYDNEY, 8 DIS – Gempa bumi dengan magnitud 7.1 telah melanda luar pantai negara kepulauan Pasifik, Vanuatu, kelmarin tetapi tidak adanya ancaman tsunami dan tiada laporan segera mengenai kerosakan.

    Gempa luar pesisir itu melanda pada 12:56 pagi pada kedalaman 48 kilometer, sekitar 120 kilometer ke selatan bandar Isangel dan 340 kilometer dari ibu negara Port Vila, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

    “Tiada lagi amaran tsunami daripada gempa bumi ini,” kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik selepas menyemak penilaian awalnya.

    Ancaman gempa dan tsunami telah menjadikan malam yang mendebarkan bagi sesetengah penduduk di Isangel.

    “Ia menakutkan, ia menyebabkan kami berjaga kerana ia berlaku sekitar tengah malam,” beritahu Anna Erick, yang bekerja di sebuah hotel tepi pantai di Isangel, di pulau Tanna, kepada AFP.

    “Ia tidak bertahan lama, tetapi kami berjaga sehingga pukul tiga atau empat pagi menunggu situasi kembali tenang selepas amaran tsunami.” Resort itu tidak mengalami kerosakan, tambahnya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda