HONG KONG, 17 JULAI – Gempa bumi berkekuatan 7.3 pada skala Richter menggegarkan Kokoda, Papua New Guinea pada 02:50:24 GMT, hari ini, lapor agensi berita Xinhua, memetik Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Pusat gempa, dengan kedalaman 85 kilometer, pada 7.8 darjah lintang dan 147.7 darjah timur. – Bernama