BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan takziah kepada Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Fumio Kishida, kerajaan dan rakyat Jepun berikutan dengan gempa bumi yang melanda wilayah Ishikawa, Jepun baru-baru ini.
