Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa berukuran 7.4 gegar Maluku Indonesia

    JAKARTA, 30 DIS – Gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan pantai selatan wilayah Maluku timur Indonesia awal pagi Khamis, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.

    Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia setakat ini.

    Menurut Xinhua, gempa itu berlaku pada 1.25 pagi waktu Jakarta (1825 GMT Rabu). Pusat gempa berada 45km barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya, wilayah Maluku, dengan kedalaman 210km di bawah laut.

    Agensi itu melaporkan gegaran kuat di pulau-pulau dan bandar-bandar yang lebih dekat dengan pusat gempa. Ia turut merekodkan gegaran susulan berukuran 5.2 magnitud berhampiran pusat gempa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda