Saturday, March 1, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi 5.5 pada skala richter gegar Nepal

    NEPAL, 28 FEB – Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Nepal hari ini, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

    Gempa berlaku kira-kira 14 kilometer (km) di selatan Kodari pada kedalaman 10km.

    Agensi Anadolu melaporkan bahawa pihak berkuasa Nepal belum mengeluarkan sebarang amaran tsunami dan tiada laporan mengenai gegaran susulan setakat ini.

    Gegaran turut dirasai di kawasan sekitar, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

    Tiada laporan mengenai kerosakan atau korban jiwa.

    Nepal, sering mengalami gempa bumi akibat pergerakan berterusan plat tektonik India dan Eurasia. – Bernama

    Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda