Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi 5.6 magnitud landa Myanmar, tiada kerosakan dilaporkan

    MYANMAR, 13 APRIL – Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan Myanmar hari ini, namun tiada kematian atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).

    Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar menyatakan kekuatan sebenar gegaran pada 5.5 skala Richter, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    EMSC melaporkan pusat gempa terletak kira-kira 14.5 kilometer timur laut bandar Wundwin, dalam wilayah Mandalay, dengan kedalaman 35 kilometer (21.7 batu).

    Negara Asia Tenggara itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda wilayah tengah, kawasan yang dihuni oleh 17 juta penduduk pada 28 Mac lalu.

    Kira-kira 3,649 orang terkorban, 5,018 cedera dan 145 lagi masih hilang akibat bencana itu.

    Sejak 28 Mac, sebanyak 89 gegaran susulan direkodkan di Myanmar, menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi negara itu. – Bernama

    Seorang lelaki berjalan melepasi bangunan yang rosak di Mandalay pada 13 April, susulan gempa bumi dahsyat yang melanda pada 28 Mac lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda