Saturday, February 15, 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi 5.7 magnitud gegarkan barat Indonesia

    JAKARTA, 19 JULAI – Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan wilayah Bengkulu barat Indonesia pada malam kelmarin tanpa menghasilkan ombak gergasi, kata agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

    Gempa bumi berlaku pada jam 22:01 waktu Jakarta dengan pusat gempa terletak 144 km barat laut pulau Enggano dan kedalaman 10 km di bawah dasar laut, kata agensi itu.

    Agensi itu tidak mengeluarkan amaran tsunami kerana gegaran itu tidak dijangka mencetuskan ombak gergasi.

    Indonesia terdedah kepada gempa bumi kerana kedudukannya di zon terdedah gempa bumi yang dipanggil Lingkaran Api Pasifik. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda