Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Gempa bumi 5.7 magnitud landa kepulauan Greek

    ATHENS, 29 DIS – Satu gempa bumi hari ini dengan ukuran magnitud 5.7 telah melanda di kepulauan Greece, Crete, Pusat Pemantauan Athens berkata bahawa tidak ada sebarang kerosakan telah dilaporkan.

    Gempa itu melanda pada 4:08 pagi waktu tempatan dengan getaran bawah laut, 48 kilometer arah tenggara Arvi, di persisiran pulau selatan, kata pihak pemantauan.

    Tiada kerosakan dilaporkan tetapi pegawai bomba Greece telah dikerahkan ke tempat bencana sebagai satu langkah awal berjaga-jaga.

    Greece terletak di atas salah satu daripada garisan penyebab gempa, dan sekali-sekala akan diserang dengan bencana gempa bumi.

    Pada Oktober 2020, gempa dengan magnitud 7.0 telah melanda perairan Laut Aegean di antara kepulauan Green, Samos dan barat bandar Turki, Izmir yang meragut 114 nyawa di Turki dan dua budak remaja di Greece. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...